 |

Monday, December 03, 2007
Sudah lama saya tak update blog ini..... bukan aper... saya sibuk dgn tugas seharian byk yg berlegar dalam fikiran... tp perlu ambil masa untuk diluahkan...
Tahun sudah hampir ke penghujung Masa berlalu terlalu pantas.. Ada masanya tidak terkejar Ada masanya sengaja dibiarkan berlalu tanpa makna...
Ruginya....

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)
Posted at 02:19 pm by Lost_Cinta
Permalink
Thursday, April 19, 2007
ada masanya kita tidak mampu meluahkan rasa dan kata terperangkap dalam kalimah-kalimah nista pun aku masih tersenyum walaupun masih sumbing
ada masanya hati aku sakit bagai tertusuk sembilu melihat kepura-puraan insan pun aku masih tersenyum walaupun masih sumbing
ada masanya kesakitan-kesakitan yg aku alami itu hanya satu proses melenyapkan aku dari muka bumi ini.......
Posted at 09:52 am by Lost_Cinta
Permalink
Monday, April 16, 2007

Seumpama rama-rama, terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Aman damai suka-suka, riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, rama-rama.
Ekspresi dirimu menawan hatiku, ingin aku terbang bersamamu. Melihat kerenah melihat telatah, manusia yang sering terlaga.
Ekspidisi ini bagai tiada henti, kan menjadi antologi diri. Terhentilah mimpi terhapuslah sepi, sanubari yang lebih berani.
Terminal yang pasti satu fitrah hati, kerana yang sejati tiada kekal lagi. Terbanglah ke sini mencari abadi, terbanglah ke mari mencari hakiki.
Seumpama rama-rama, melewati panorama yang penuh warna warni. Taman bunga taman damai, dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, rama-rama.

Posted at 11:03 am by Lost_Cinta
Permalink
Sunday, April 08, 2007
Cint@ itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula, tetapi terkadang kita tidak mungkin menemuinya lagi, walau di manapun dan sampai bila pun... Mungkinkah kita akan menemui mutiara yang lain pula dan perlukan kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?
Posted at 01:55 pm by Lost_Cinta
Permalink
Friday, March 23, 2007
Ekoran bencana yg mengundang.. sejurus terpancar di Buletin Utama deringan telefon tidak henti semua risaukan keadaan aku..
Alhamdulillah kerana ada rakan yg masih ingat dan ambil berat... syukur seadanya
SMS dari Bangkok dan Rome tiba seawal pagi bertanyakan tentang keselamatan diri, bimbang mereka jika aku antara yg terlibat.
Panggilan pertama dari Pak Lias.. yg bunyinya terlalu risau... Pak Lias kata kami risau... kakak tak senang duduk jadinya...
Kakak dan Pak Lias sudah pernah berkunjung ke rumah, jadi dia tahu kedudukan rumah aku itu bagaimana...
Lepas Buletin, sms byk betul... mungkin mereka baru menyedari kejadian tersebut. Apapun, ingatan dari rakan-rakan adalah sesuatu yg menyentuh perasaan aku.
Meneliti senarai nama yg terlibat, antaranya adalah kakak ipar kepada abang aku yg baru sahaja kembali bertugas dari Dhaka. Kereta beliau ranap teruk...
Seharian aku cuba menghubungi beliau, begitu juga dgn kakak ipar aku...
dan pagi ini Alhamdulillah aku berjaya menghubungi beliau... bertanya khabar dan menawarkan tempat untuk berteduh...
Dalam keadaan begini, aku hanya boleh menawarkan penginapan untuk berteduh, apa lagi aku mmg tinggal seorang diri... namun begitu dia sudahpun dpt tempat penginapan...
Sebagai insan yg sentiasa memilih jalan untuk bersederhana dalam segala hal... ermm takut juga nikmat ditarik olehNya.
Peringatan olehNya.. debussssssssssssss sekelip mata harta dunia hilang
Posted at 01:11 pm by Lost_Cinta
Permalink
Tuesday, March 20, 2007
Mutiara yg gugur dari kelopak mata hari ini menimbulkan rasa insaf betapa kerdilnya aku....
Hati tidak sabar.. untuk kembali berkelana
Jangan aku dilukai kerana aku tidak punya apa apatah lagi untuk orang lain berasa iri
Inilah dunia aku... mencari rezeki... dan mencari redhaNya menjadi anak yg solehah selamanya...
Posted at 02:02 pm by Lost_Cinta
Permalink
Wednesday, March 14, 2007
Setelah sekian lama.. blog ini diganggu oleh anasir luar tak tau laaa cam ner bebenda alah ni leh masuk dan tak pelik pun bebenda alah ini bleh masuk dgn gambar dan tak senonohnya...
Setelah berbulan berehat... Menghilangkan penat lelah urusan perpindahan dan kini bersedia untuk menarikan jari jemari...
Posted at 01:19 pm by Lost_Cinta
Permalink
Monday, November 20, 2006
CINT@
*
I N I
*
KADANG-KADANG
*
TAK
*
ADA
*
LOGIKA
Posted at 01:23 pm by Lost_Cinta
Permalink
Saturday, November 18, 2006
tik tik tik... masa yg berjalan
******************************************************
Masa terus berjalan meninggalkan jalan kenangan meninggalkan seribu nostalgia mencipta pelbagai sejarah suka, duka, kecewa, nestapa dan kebahagiaan tanpa penghujung
Di daerah asing... satu persatu sejarah aku cipta satu persatu kenangan aku simpan satu persatu pengalaman aku kutip aku rangkum untuk dijadikan satu pengajaran
Masa terus berjalan terkadang aku jadi keliru terkadang aku jadi terpaku sehingga memaksa lidah jadi kelu dan membukam seribu bahasa
Di daerah asing... telah aku korbankan segala cinta dan kasih sayang dan aku pasrah kerana DIA lebih mengenali siapa aku... di celah ribuan hambaNya
************************************************************
Posted at 10:24 pm by Lost_Cinta
Permalink
Wednesday, November 01, 2006
Entahlah kenapa otak jadi tepu hati dilitupi debu tersedak-sedak aku bernafas
Aduii tuhan tidaklah aku mengeluh tapi aku terseksa dgn permulaan ujian ini
Saban hari ku utuskan doa kudus agar ujian-ujian yg melukakan tidak hadir lagi tapi ianya tetap dtg bertimpa-timpa tolonglah aku tuhan... agar derita ini tidak lagi bertandang
Aku bisa terduduk jika terus-terusan begini ... dan mataku bisa buta jika langit bocor setiap hari
Aduii tuhan... aku tak mampu lagi hentikanlah ujian yg bertimpa-timpa ini dan biarlah aku bernafas kembali dgn sempurna....
Posted at 06:05 am by Lost_Cinta
Permalink
|
 |
|
|
|
 |
|
 |
 |
Andai kau menjadi aku, aku yakin kau akan lebih mengerti
|
 |
|
|